Wednesday 7 March 2012

Trip to Guilin, China (Day 1)

Guilin - Day 1 (10 Oct 2011)

Sesampainya kami di Guilin Airport, tour guide kami si Sunny dah lama menunggu. FYI, kami hanya pergi bertiga sahaja (me, my mom & my hubby). So kami bertiga menaiki van & terus bertolak ke Guilin City. Otw, from the airport to the city kita akan melepasi satu plaza tol. Kira2 dlm 20 minit perjalanan, kami dah sampai di pinggir bandar & terus di bawa ke kedai pisau. Terus kami diajak masuk dalam sebuah bilik utk tengok demo pisau tuh. Kami bertiga ni pun nak tak nak terpaksa la dengar demo tuh yg of coz dlm bahasa depa sambil ditranslate oleh Sunny. Akhirnya setelah di promote bagai nak rak maka kami pun beli la 1 set pisau tuh yg mana metalnya sgt2 tajam & keras.

After that, dah lebih kurang pukul 12pm. Time for lunch. Sunny bwk kami ke kedai makanan halal & this is the best halal restaurant in town. Mmg bersebelahan dengan masjid so sgt convenience. Foodnya sgt sgt OK..boleh masuk selera kita coz kat sana they all surprisingly makan spicy food. Selepas kami menjamu selera, waktu zohor pun dah masuk jadi kami pun berjalan kaki la pergi ke masjid bersebelahan.



Dikhabarkan bahawa masjid ini merupakan masjid tertua di Guilin. Chantek senibina masjid ini dengan pillar kayu bercat merah. Seperti biasa masjid ni ada tempat solat lelaki & wanita. Di bahagian luar masjid ni ada meja & kerusi panjang untuk tempat they all berkumpul & makan2. Waktu solat di Guilin pada masa tuh Subuh (5:50 am), Zohor (1:30 pm), Asar (5:30 pm), Maghrib (6:20 pm), Isyak (7:20 pm) & Solat Jumaat (1:30 pm).

After solat, kami terus dibawa ke Banyan & Fir Lake. Tour guide kami explain sbb musabab depa buat lake nie (its a man made lake) adalah sebagai benteng pertahanan. Kami pun explore lah seluruh taman nie. Kat situ mmg ada Banyan tree yg dah hidup beratus tahun. Besar sungguh keluasan taman tasik nie. Agak letih gak kami berjalan. Dalam taman tasik nie, ada banyak jambatan dibina. Antaranya ialah jambatan yg ala2 bentuknya cam tower bridge di London tuh. Sebenarnya, jambatan tuh berfungsi sebagai VIP route coz laluan nie akan terus menuju ke 5 star hotel, The Lakeview Hotel. Berdekatan ngan laluan tuh ada lagi satu jambatan. Jambatan tuh plak bentuknya macam the Golden Gate Bridge kat San Francisco tuh so according to Sunny Guilin ni adalah sister city of San Francisco. Lagi satu jambatan yg sgt chantek & awesome senibinanya ialah jambatan kristal.

Kami pun proceed berjalan lagi dan lalu di bwh satu jambatan berwarna putih. Rupanya di bwh laluan jambatan tuh & di sepanjang dinding terdapat lukisan dan mempunyai ceritanya yg tersendiri. Mmg org2 cina ni sgt berseni. Park ni sgt lah besar. Agak lama kami berjalan & akhirnya sampai ke sister pagoda atau disebut gak sun & moon pagoda. Satu diperbuat daripada gangsa & satu lagi diperbuat daripada kayu.



Lps jalan2 kat park, we all proceed ke Two Rivers and Four Lakes cruise. Naik boat menyusuri sungai untuk melihat 10 famous hill seperti Fubo Hill, Diecai Hill & paling famous the Elephant Trunk Hill. Sepanjang kami menyusuri sungai ni, ramai org2 sana yg swimming kat sini..selamba je tak takut pun kena langgo ngan bot, bot plak kena elak depa. Ada ramai gak pakcik2 tua yang memancing di tepi sungai, makcik2 yg basuh kain & the black bird yg tolong nelayan sana tangkap ikan.

Dalam 20 minit menaiki bot akhirnya kami berhenti & turun pulak berjalan untuk explore Mulong Lake Park. Sangat chantek permandangan di sini. Ada tasik, drum, pagoda, building classic senibina china & former resident of Li Jishen .. pemimpin no 2 kat China.



Lepas tuh barulah kami check-in hotel. We stayed at Anhua Hotel in Guilin .. hotel ni berhadapan ngan Peach Blossom River. Hotel ni berdekatan dgn tmpt tinggal komuniti muslim kat sana.. mmg dekat ngan masjid. Kedai makan muslim pun dekat .. seberang jalan ajer .
Kami duduk di triple room & rate bilik kami ialah 1280 Yuan.

Pada sebelah malamnya plak we all pi tgk ballet+acrobatic+shaolin performance kat Dreamlike Theater .. sgt awesome. The main character tuh adalah fairy princess. Memang berbaloi utk tengok Dreamlike Lijiang Show nie. Lepas show tuh kami dibawa balik semula ke hotel. Apa lagi terus solat & tidoq .. tak sabar nak tunggu hari esok nak menyusuri Sungai Li utk ke Yangshuo.

** THE END OF DAY 1 **

More photo: click here

1 comments:

Play slots in India with Lucky Club
Lucky Club offers slot games for fun online in India, Malaysia, New Zealand and India. Read about 카지노사이트luckclub the best online casinos, bonuses, and more. Join today.

Post a Comment