Friday 9 March 2012

Trip to Guilin, China (Day 3)

Guilin - Day 3 (12 Oct 2011)

Hari ketiga bermula dengan sessi breakfast di restoran halal yg sama. Kami bertiga makan beef noodle. Sangat best & fresh sebabnya mee tuh dibuat depan mata kami. Diibaratkan seperti di Malaysia kita nampak mamak menebar roti canai tapi di sana mereka membuat mee. Memang menarek ..

Selepas breakfast kami check out dari hotel. Plan hari ini untuk ke Shangri-La tapi sebelum tuh kami akan menaiki rakit buluh menyusuri sungai melepasi 4 buah jeram. Kami meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sesampainya di sana, kami semua turun & van kami meninggalkan kami untuk pergi ke meeting point (hilir sungai). Cuaca pagi yang sejuk & nyaman sangat mengasyikkan. Di hulu sungai tersebut, kami nampak rakit-rakit buluh yang tersusun cantik di tebing sungai.

Kami terus menaiki rakit buluh. Satu rakit boleh dinaiki oleh 2 orang sahaja. Since kami bertiga maka my hubby naik dgn si Sunny & myself naik ngan ummi. So we start our journey. Airnya sangat tenang & nampak reflection on the water. Lambaian pokok-pokok buluh di tebing sungai membuatkan fikiran tenang. Sepanjang sungai kita boleh nampak aktiviti yang dilakukan oleh penduduk2 kampung di situ seperti membasuh kain & seorang pakcik tua yg kerjanya mempastikan kebersihan sungai dgn kutip2 daun atau sampah yg jatuh ke dalam sungai.

Seperti yg diketahui rakit kami akan melepasi 4 buah jeram. Jeram pertama dan kedua kami lalui dgn mudah. Akan tetapi apabila masuk ke jeram ketiga & keempat, kedudukan jeram tuh agak curam & tinggi. Maka rakit kami kena tolak sedikit dalam kedudukan menjunam ke bawah utk melepasi jeram ini dan kemudiannya baru ler kami naik semula. Pastuh rakit tuh jatuh menjunam dlm air. Diingatkan anda kena angkat kaki ye, kalau tidak basah kasut & seluar.

Kalu anda takut nak naik rakit yg kecik tidak menjadi masalah, anda boleh naik rakit yg besar bersekali dgn tour guide. Setelah 1/2 jam kami pun sampai ke meeting point. Kami membayar tips 10 Yuan pada pengemudi rakit yg dah penat mudik sungai. Ye lah kaminya bukannya kurus2 penumpangnya.. haha..

Perjalanan diteruskan ke Shangri-La. Lebih kurang 45 minit, kami telah sampai ke pintu masuk Shangri-La. Sesampainya di sana kami terus menaiki bot menyusuri sungai melepasi perkampungan kaum minoriti di sana seperti drum people & org dayak. Setiap kali bot kami melepasi perkampungan mereka, mereka beramai-ramai akan menari & menyanyi. Akhirnya kami selamat tiba di perkampungan drum people. Ketibaan kami disambut dengan tiupan seksafon yg di perbuat dari kayu. Kami juga melihat hasil kraftangan mereka. Sangat teliti dan halus pembuatannya kerana segalanya dibuat dari hasil tangan (hand made). Kita dapat lihat pakcik tua memintal benang & seorang gadis menyulam kain. Antara hasil kraftangan mereka ialah embroidery painting & tali leher.

Kami sampai ke satu tempat lapang di mana ada seorang gadis tengah berdiri di tepi balkoni sambil menyanyi & menghayun-hayunkan silk ball. Rupa2nya itulah cara tradisi gadis di kampung ini mencari jodohnya. Selepas menyanyi silk ball itu akan dibaling & kepada yg dapat menangkap silk ball itulah jodoh kepada perempuan tersebut. Sgt mudah bukan? Untuk menuju ke laluan keluar kami melalui Wind Rain Bridge di mana senibina jambatan ini tidak menggunakan paku.

Selepas beramah mesra dgn minority tribe di Shangri-La kami bertolak balik ke Guilin. Seperti biasa, Sunny akan bawa kami ke Government shop mereka. Kali ini Dr. Bamboo, kedai jade & kedai teh. Di kedai teh, kami di bawa masuk ke sebuah bilik untuk mendengar demo teh. Kami beli puer tea dari Yunan yg berfungsi sebagai slimming tea.
Setelah lunch kami balik terus di Anhua Hotel utk check-in & berehat. Tidak sabar untuk menunggu hari esok naik cable car ke Yao Mountain.

** End of Day 3 **

More photo: Click here

0 comments:

Post a Comment