Friday 9 March 2012

Trip to Guilin, China (Day 2)


Guilin - Day 2 (11 Oct 2011)

Pepagi lps Subuh, my mom & me lepak2 depan hotel tunggu si Sunny. Lepas tuh terus Sunny ajak breakfast kat kedai muslim depan hotel ajer. Menu pagi nie mee sup. Mintak tolong Sunny belikan we all air sebabnya kebiasaannya kedai2 kat sana tak dek menyediakan air minum coz depa minum sup tuh ajer. Siap boleh tambah ye sup tuh, dah mmg disediakan bekas cam bekas minum air yg besar berpaip tuh. Kalau nak refill sup tuh mmg boleh ajer.

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang. Sunny siap2 belikan we all makanan untuk di bawa sebagai bekalan lunch sebabnya dalam river cruise tuh nanti tak dek makanan halal disediakan. Kami pun bertolak menaiki van menuju ke jeti. Perjalanan dari hotel ke jeti mengambil masa kira2 1/2 jam. Sesampainya di jeti, ramai sungguh org dah 'Q' kat luar tuh tapi si Sunny ni pandai..ntah apa dia ckp2 kat si penjaga pintu tuh..last2 we all yg lepas dulu. Pada masa ni Sunny pun blah. Dia kata dia akan ikut jalan darat, naik van utk ke Yangshuo so akan jumpa Sunny terus di sana.

Then, terus la masuk ke bot tapi we all org yg pertama sampai so bot tak penuh la lagi.. kena la tunggu bot penuh baru lah bertolak. So in the mean time, we all pun tour la kat dalam boat tuh. Ada upper deck & lower deck. We all lepak kat lower deck je. Then kat bahagian atas ada macam viewing area untuk menikmati permandangan. So most of the time we all lepak kat situ je ler sambil2 snap pix.

River cruise ni mengambil masa selama 4 jam from Guilin Jetty to Yangshuo.Pada masa ni we all pun tgk ada penjual buah-buahan menaiki rakit pi rapat2 kat boat we all & cuba nak jual buah2 anggur tuh ikut tingkap bot. Even masa bot tgh dalam perjalanan pun depa boleh menjual buah ikut tingkap dgn cara ikat rakit depa kat bot. Sgt genius.. hehe..Contoh lain yg boleh kita nampak macam ada penjual ikan cepat2 rapatkan sampan depa di belakang bot & masuk jual ikan sbb nya bahagian belakang bot tuh ialah bahagian dapur so chef akan dpt bekalan ikan yg fresh setiap hari.

Penduduk yg mendiami kawasan tebing sungai dikenali sebagai River People. According to Sunny, River People ni mostly berketurunan Islam. Sepanjang perjalanan kami nampak beberapa buah kampung di tepi sungai. Siap ada bot polis untuk menjaga traffic. Mmg betul kena kawal coz mmg tiap2 hari akan ada river cruise. Byk bot akan menyusuri sungai nie.

Di sepanjang sungai, kami menikmati permandangan sungai yg berlatarkan bukit bukau. Antaranya kita boleh nampak bukit berbentuk tanduk kerbau yg dipanggil buffalo hill, bukit berbentuk buah apple yg dipanggil apple hill & yang paling famous ialah painted hill of nine horses. So sape2 boleh nampak kesembilan2 bentuk kuda tuh maka org tuh sgt bertuah. Selain tuh, ada gak gambar bukit dipanggil 20 Yuan hill sebabnya gambar bukit tuh ada tercetak di atas wang kertas 20 Yuan depa.

Cuaca pada hari ni agak berkabus jadinya kebanyakan pic yg diambil x berapa clear. Ada banyak pokok2 pine di tebing2 sungai, kuda2 bersantai di tepian sungai & buffalo water meragut rumput di dalam sungai. Kami juga nampak nelayan kat sana gunakan black bird utk tangkap ikan so bila burung tuh dah tangkap ikan tuh..pokcik ni pun amek la.. burung tuh x boleh nak telan ikan tuh sbb tengkuk dia dah kena ikat.

Setelah 4 jam perjalanan, kami akhirnya sampai ke Yangshuo sebuah bandar kecil yg sangat chantek dikelilingi oleh bukit bukau. Sesampainya di jeti kami disambut oleh Sunny dan perjalanan pun di teruskan. Tempat yg menjadi tumpuan pelancong utk membeli souvenir di Yangshuo ialah di West Street tapi pastikan anda pandai utk tawar menawar. Pastikan anda letak harga separuh drp harga yg ditawarkan.

Tapi sebelum tuh seperti biasa kami singgah dahulu di government shop depa, kedai brg2 perhiasan wanita. Nak kasi cukup syarat kami beli je la gelang getah. Hehehe.. Kemudian, perjalanan kami diteruskan ke Silver Cave. Kita boleh tgk stalakmit & stalaktit dalam silver cave yg terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bentuk kunci & musical note. Ada juga yang dipanggil pillar of the sky sebabnya stalaktit & stalakmit tuh dah bercantum. Memang bagus kerajaan China memajukan industri perlancongan mereka & sgt kagum bagaimana mereka boleh explore gua ni..letak electricity & proper path utk tourist visit gua nie. Kami turun tangga naik tangga berjalan lagi 2KM utk explore Silver Cave nie. Dengan penggunaan lampu berwarna warni menjadikan stalaktit & stalakmit sgt menarik. Salah satu tarikan lain ialah relection on the water. Kita akan nampak pantulan cahaya stalaktit & stalakmit tersebut di atas air dan membentuk ilusi bahawa wujudnya 2 set stalaktit & stalakmit tuh. Ada juga diantara stalakit & stalakmit & akan berkilauan apabila kita menyuluh cahaya ke atasnya. Jgn risau kalau kita nak beli souvenir, dalam gua ni siap ada gerai utk menjual cenderahati.

Selepas hampir 2 jam explore Silver Cave kami pun bertolak balik. Sebelum kami check-in di Hoating Business Hotel, kami dinner dahulu di restoran makanan halal di Yangshuo.
Malam itu kami tgk persembahan "Impression Sanjie Liu". Impression Sanjie Liu ialah persembahan di atas air yg berlatar belakangkan bukit bukau. Seramai 600 pelakon terlibat utk show ini & salah seorang director performance ni lah yg bertanggung jawab utk direct opening & closing ceremony Beijing Olympic 2008. So sgt awesome!!

Show ni ada 2 sessi. Kami tgk sessi ke2 pada pukul 9 pm. Story line show ni mengisahkan seorang puteri sungai menyanyi & menari utk kesejahteraan Li River. Show ni sgt awesome & mmg berbaloi tgk pesembahan tersebut kerana para pelakonnya termasuklah seekor kerbau boleh berlakon di atas air sungai. Mereka juga menggunakan teknologi LED cam kat Olimpik Beijing. Hampir 2 jam juga persembahan nie so selepas tuh kami terus balik ke hotel. Hajat di hati ingin jalan2 ke West Street pada malam tuh terpaksa dibatalkan sbb kami terlalu letih. Tak sabo kami nak menunggu hari esok utk ke Shangri-La.

** End of Day 2 **

More photo: Click here



0 comments:

Post a Comment